Assalamualaikum Semua Pembaca Serious Cool!.
Ingin Kasih Suci lampirkan di sini bebrapa tips untuk panduan kalian yang sedang berusaha untuk memikat si dia pujaan hati. Ada di antara kita merasa putus asa bila si dia pujaan hati tidak begitu tertarik untuk menyintai kita atau tidak perasan akan kehadiran kita yang sangat menyukai dirinya. Bagi gadis pemalu atau jejaka penyegan…mari kita tengok apa tips yang boleh kalian ikuti.
1. Tarik Perhatian-Cuba tarik perhatian si dia dengan beberapa kejadian seolah-olah tidak dirancang seperti bertembung di pantry, selisih di lift atau sebagainya. Berikan senyuman manis pada si dia agar dia perasan kehadiran kamu.
2. Senyum- Jika nak dia perasan wajah kamu dan kehadiran kamu wajiblah kamu senyum padanya. Senyumlah dengan ikhlas dan bukan senyum gedik atau gatal ye. Senyum gedik buat si dia menjauhkan diri dari kamu
3. Cipta persamaan- Jika selama ini kamu lebih menyukai air soya apa salahnya tiba-tiba kamu cipta persamaan sukakan bancung cincau seperti kegemarannya. Mungkin dia akan terkejut apabila kamu order minuman sasma dengannya saat keluar beramai-ramai. Pastikan suasana tersebut dalam santai dan natural. Supaya si dia tak perasan kamu sedang memancing hatinya.
4. Jaga kelakuan-Jagalah kelakuan tu. Jangan tunjuk yang hodoh di depannya. Bukan nak hipokrit tapi kan lebih manis jika dia melihat gaya sopan kamu dari sikap makan gelojoh, mnguap tak tutup mulut dan tergelak besar macam aksi orang kurang sihat akal.
5. Berpakaian Sopan- ini bagi wanita. Jika nak dia terpaku dan terpegun bersopanlah sentiasa. Lelaki memang suka lihat wanita seksi tapi mereka tak suka wanita idamannya seksi dan memberi jamuan mata bagi lelaki lain. Jaga maruah dan jaga pemakaian kamu.
6.Belanja-Ini buat lelaki,jika kamu makan bersama apa salahnya kamu belanja dia makan kerana wanita tak suka lelaki yang kedekut.
7.Tanda Mata-Jika kamu pergi ke mana-mana bercuti berikanlah dia tanda mata sebagai kenangan seperti fridge magnet, keychain, mug atau apa saja agar dia rasa dirinya dihargai
8.Bertolak Ansur-Jika sukakannya berlembut dan bertolak ansurlah. Jangan bila ada silap faham mula tak mampu mengawal diri marah tak tentu pasal. Bagaimana nak dia suka kita jika perangai kita hodoh begitu?
9.Ketahui Minatnya-Jika kita tau apa minatnya senang bagi kita berbual dan memahaminya. Jika dia minat berblog boleh bertanya tentang minatnya, jika dia minat memancing boleh ajak memancing bersama walau kamu tak menyukai aktiviti itu.
10.Prihatin- pastikan kamu sangat prihatin tentang dirinya. Pastikan kamu tahu dia sakit, sedih dan gembira. Pasti dia terusik dengan perhatian kamu bila dia sakit kamu antara yang awal bertanya khabar dan sebagainya.
Moga panduan ini dapat memberi kamu peluang untuk mendekati pujaan hati kamu. Jangan malu mengorak langkah sebelum berusaha terlebih dahulu. Mana tahu dia jodoh kamu kan…
No comments:
Post a Comment