Monday, 24 September 2012

5 Tips Mudah Bagaimana Melepaskan Bekas Kekasih Anda


Salam hormat pencinta sekalian… Apa khabar anda semua? Setelah sekian lama akhirnya kita bersua lagi. Senicinta.com mengalami beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan akhirnya menjejas sedikit sebanyak pengurusan kami. Kini, masalah telah pun selesai 100%!
Kali ini, di atas permintaan  lebih 60% pembaca Seni Cinta, saya akan berkongsi kepada Anda semua “5 Tips Bagaimana Melepaskan Bekas Kekasih Anda”. Hermmm, nampak seperti topik yang menarik!
Kita semua sedia maklum bahawa putus cinta adalah sesuatu yang mengecewakan. Lebih- lebih lagi apabila sebelah pihak di antara Anda berdua masih lagi mempunyai perassan cinta dan sayang. Kecewa bukan? Ya, saya juga dapat rasakannya…
Artikel saya pada kali ini akan membantu Anda untuk melepaskan atau “melupakan” bekas kekasih Anda. Bukan untuk kembali kepada bekas kekasih Anda sehingga perlu melutut ataupun menangis teresak -esak merayu untuk kembali. Please dont!
Let straight to the point…
1. Letakkan “Ipod” ataupun pemain mp3 Anda di dalam beg tangan ataupun di dalam saku seluar Anda. Supaya mudah untuk Anda mengeluarkannya dan terus mendengar lagu. Kenapa?! Kerana muzik boleh membantu Anda untuk menceriakan mood Anda dan secara tidak langsung melupakan bekas kekasih Anda.
2. Keluar bersama teman- teman Anda dan jauhi topik yang berkaitan “Si Dia”. Nampak macam mudah, tetapi sukar bukan. Ianya menjadi mudah apabila Anda betul- betul fokuskan minda Anda untuk bergembira bersama teman, dan menjadi sukar apabila Anda “terbawa- bawa” dengan emosi sedih Anda. Chill!
3. Masa untuk letakkan Anda kembali ke pasaran! Jangan malu untuk berkenalan dan mendapatkan teman baru di dalam hidup Anda.. Ya! Anda memiliki nilai yang tersendiri.Maruah dan harga diri sepatutnya Anda perjuangkan. Bukan selama- lamanya Anda terus bermuram dan bersedih hanya kerana disebabkan seorang manusia!
4. Hentikan daripada berfikir kenangan manis bersama “Si Dia”. Sebaliknya fikirkan kenangan pahit ataupun “Masin” sewaktu Anda bersama bekas kekasih Anda. Jika 1000 kemanisan dan hanya 10 kepahitan. Fokus kepada 10 kepahitan tersebut. Adalah menjadi lumrah manusia untuk melupakan dan meninggalkan sesuatu yang mereka “Tidak Suka”.
5. Berhenti fikirkan Si Dia. Jangan fikirkan Si dia. Saya ulang 1000 kali.. “Berhenti fikirkan Si Dia dan jangan fikirkan Si dia”. Anda hanya menjadikan keadaan bertambah buruk apabila anda fikirkan si dia. 80% manusia sukar untuk melupakan bekas kekasih mereka. Hanya 20% yang dapat melupakan bekas kekasih mereka. Bagaimana mereka lakukannya.. Mudah.. Jangan terlalu fikirkannya!
Bersama- sama kita sebarkan ilmu cinta!

No comments:

Post a Comment