Wednesday, 19 December 2012

Dilema Memilih Calon



“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.

"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.

Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.
1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.

Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.

Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.

"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."

Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.

Saya hanya tersenyum.

"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.

"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa" Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.

"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."

"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna." Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."

"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.

Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat




Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat. Kali ini saya nak kongsi (saya jumpa tips ni dari sebuah blog) cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah..


1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.

10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan 
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

7 Punca Kenapa Anda Jadi Pelupa



Kita sering terlupa tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian. Tak kira usia. Samaada golongan tua ataupun yang masih muda sering mengalami gejala ini. Mari kita lihat penyebab kita lupa:
1) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.
2) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.
Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.
3) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.
4) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.
5) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.
6) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.
7) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

Thursday, 8 November 2012

5 Makanan Termahal Dunia


Untuk pengemar makanan yang sukar di cari dan eksotik, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan tersebut sama ada mahal ataupun tidak sekiranya mereka mampu. Kali ini ingin dikongsikan 5 makanan termahal di dunia untuk menjadi tatapan mata semua.


1.  Steak wagyu di Tokyo, Jepun

makanan

Aragawa adalah kedai steak pertama di Tokyo, Jepun. Spesialisasi menunya adalah daging lembu Kobe lokal berkualitas tinggi dan daging Wagyu yang terkenal dengan rasa lazatnya dan teksturnya yang lembut. Daging hanya disajikan dengan saus mustard dan merica. Harganya US$ 368untuk satu porsi steak. Kualiti dagingnya yang tinggi membuat rasanya sangat lazat walaupun diolah hanya dengan kuah yang sedikit.


2.  Ayam kukus tanpa kulit di Paris, Perancis


Alain Ducasse au Plaza Athénée, di Paris adalah restoran yang menyajikan menu autentik Perancis. Ruang makan dihias dengan sangat mewah. Layanan yang diberikan sangat istimewa dan berkelas. Untuk menu ayam kukus tanpa kulit di restoran mewah tersebut berharga US$ 260 .


3.  Ikan bass yang disajikan dengan kaviar di Brussels, Belgium


Alsace Pinot Blanc merupakan taman yang agak peribadi yang terletak di Bruneau, Brussels, Belgium. Tempat makan berkelas ini menyediakan menu yang sangat menggoda iaitu, “Fillet of Bass with Imperial Osetra Caviar”. Ikan Bass yang telah di fillet disajikan dengan kaviar yang berasal dari ikan albino langka yang hidup di laut Kaspia. Harganya US$ 200 .

4.  Kambing panggang di Dubai, Uni Emirat Arab


Gordon Ramsay’s Verre memiliki chef selebriti yang menyajikan masakan Eropah moden yang khas dan berbeza. Tempat ini mendapat pengakuan internasional dan sering mendapat pujian dari para pengkritik kuliner. Salah satu menu handalannya adalah “Roast Lamb with Aubergine Gratin”. Iaitu, kambing panggang yang disajikan dengan terung, ditabur dengan parutan keju dan tomato. Harganya US$ 70 .

5.  Ais krim di New York, Amerika Syarikat


Menu ais krim “Golden Opulence Sundae” di New York City’s Serendipity, berharga US$ 1000 . Boleh dikatakan menu tersebut adalah ais krim sundae termahal di dunia. Isinya sundae tersebut iaitu ais krim vanilla, yang bahan asasnya berkualiti tinggi berasal dari Tahiti dan Madagaskar.

Selain itu, ada ais Krim Cokelat Chuao yang berasal dari daerah pantai di Venezuela. Toppingnya terdiri dari buah-buahan Parisian, kaviar Grand Passion. AISs krim dihiasi dengan emas 23 karat berbentuk daun dan disajikan dalam gelas kristal Harcourt berbentuk piala. Sudu untuk menyuap ais krim sundae terbuat dari emas 18 karat.

Cara Bezakan Ais Dari Air Masak Dan Air Mentah


                                    

Boleh di katakan setiap hari kita minum air mesti dengan ais kan? Lebih-lebih lagi kalau kita makan di luar. Pernah ke korang terfikir diorang buat ais ni dari air mentah atau air masak? Ni nak share cara nak bezakan ais dari air masak dan air mentah. Semoga tips ni bermanfaat untuk kita semua.
Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.
Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Kenapa Lelaki Menangis




Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ye.. :p(gambar)
tapi..
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.


Kenapa lelaki menangis?

~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Cara Jawab Telefon Yang Kurang Sopan


Ini merupakan cara-cara jawap telefon yang agak kurang sesuai diamalkan.. mungkin dah boring jawap telefon agaknya..
                                                    
1. Soalan: haloo, may i speak to Ali please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan ayah awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan Abu. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu. ==’

12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(papp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab ye kawan-kawan..)


P/s : memang bengang kalau kena macam ni..adeshh ==’